6 Barang Yang Perlu Ada Dalam Beg Makcik Kiah Dan Rakan-rakannya.



Dalam situasi pandemik kini, apakah yang perlu dibawa setiap kali anda keluar rumah? Ya, memang lebih banyak persediaan yang perlu dilakukan. 

Selain itu, Ini mungkin alasan yang baik untuk memiliki beg tangan baru

Telekung Dan Sejadah Sendiri
Sekarang dah wajib bawa sendiri dua benda ni. Sejadah dan telekung yang terdapat di surau awam, R&R atau di mana-mana tempat solat sudah tidak dijamin kebersihannya. Bagi mengelakkan kita terkena jangkitan, lebih baik kita bawa siap-siap dari rumah.

Facemask
Ini lagi penting. Perlu ada dalam beg beberapa helai dan simpan ia di dalam plastik. Jika pada hari itu anda perlu berdepan dengan ramai orang dalam jangka masa yang lama, tukarlah pelitup muka tu sekerap yang boleh.

Hand Sanitizer
Bawalah botol yang kecil (50ml) dan keraplah menggunakannya selepas anda memegang sesuatu. Ia dapat membunuh kuman di tapak tangan anda.

Plastik sampah
Facemask dan sarung tangan pakai buang boleh dimasukkan dalam plastik sampah dan di buang di tong sampah. Janganlah dibuang merata-rata. Mana tahu anda adalah penyebar virus Covid-19 tanpa disedari.

Pen
Walaupun anda sudah memasang aplikasi MySejahtera atau apa-apa aplikasi lain, pen juga sangat penting. Terutama apabila berada di tempat yang kurang coverage internet. Tak perlulah anda menggunakan pen yang disediakan oleh premis kerana ia sudah kerap bertukar tangan.

Tisu Basah
Gunakan untuk mengelap permukaan yang hendak disentuh. Ia dapat menghindarkan tangan anda dari memegang kuman atau viris pada permukaan tempat tersebut.

Norma-baharu ini semua benda-benda di atas akan menjadi kebiasaan untuk dibawa ke mana-mana. Jadi, kenalah bawa beg yang besar sikit kan...

@publichealthmalaysia

Ulasan