Ini Caranya Melanggan Pas Perjalanan Tanpa Had My30



Salah satu aktiviti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Rancangan Pembangunan Semula Ekonomi Nasional (PENJANA) pada 5 Jun, adalah penyampaian pas perjalanan tanpa had My30.

My30 Pass membenarkan pelanggan menggunakan faedah kenderaan awam di Lembah Klang di bawah Prasarana Berhad, seperti MRT, LRT, Monorel, BRT, RapidKL Bus dan MRT Bus MRT tanpa had setiap hari dengan hanya RM30 setiap bulan.

Tujuan diperkenalkan pas My30 adalah untuk mengurangkan kesan COVID-19 terhadap rakyat Malaysia dengan mengurangkan perbelanjaan pengangkutan awam yang mesti dibayar setiap hari.

Pas My30 mesti dibeli melalui MyKad atau MyTentera mempunyai ciri-ciri aplikasi Touch 'n Go atau kad konsesi MyRapid hanya untuk individu atau pelajar bawah 12 tahun.

Tempoh pelaksanaan pas My30 bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.

SYARAT KELAYAKAN PAS MY30

Beberapa sayarat perlu dilengkapkan oleh pengguna yang ingin memohon pas perjalanan tanpa had pas My30.

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan ialah:

1. Warganegara Malaysia sahaja.

2. Memiliki MyKad dan MyTentera yang sah.

3. Bagi berumur 12 tahun dan kebawah, mereka boleh menggunakan kad konsesi MyRapid untuk mendapatkan keistimewaan ini.

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MELANGGAN PAS MY30

Sebelum anda mahu melanggan Pas My30, sila pastikan cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera berfungsi dengan baik dengan kaedah berikut:

1. Anda perlu tambah nilai di mana-mana pusat tambah nilai Touch ‘n Go seperti stesen minyak, kedai serbaneka, Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, dan sebagainya.

2. Jika proses ini berjaya, ini bermakna cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera anda berfungsi dengan baik.

3. Anda juga boleh membuat semakan di mana-mana kaunter Touch ‘n Go atau Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL. Sekiranya cip Touch ‘n Go di dalam MyKad atau MyTentera tidak berfungsi, anda kena perbaharuinya di pusat Jabatan Pendaftaran Negara sebelum melanggan pas My30.

PERKARA-PERKARA PENTING SETELAH MELANGGAN PAS MY30

Mungkin anda menghadapi masalah setelah melanggan pas My30 seperti kerosakan MyKad atau MyTentera rosak dan tidak boleh dibaca selepas melanggan pas My30.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu menukar MyKad ke pusat Jabatan Pendaftaran Negara untuk proses penggantian kad baharu.

Anda juga boleh menuntut pemulangan baki sekiranya masih ada di dalam pas My30 tersebut dengan melampirkan dokumen-dokumen sokongan ke portal MyRapid di https://www.myrapid.com.my/.

Berikut dokumen-dokumen yang diperlukan untuk proses pemulangan baki pas My30:
  •  Nombor MFG MyKad
  • Nombor akaun bank
  • Nama bank
  • Resit langganan pas My30
  • Resit bayaran gantian MyKad daripada JPN
  • Slip pulangan nilai TNG dari JPN/ Penamatan dari TNG (hanya untuk MyKad)
Pemulangan baki pas My30 tersebut akan ditukar kepada nilai wang ringgit.

Sekiranya MyKad atau MyTentera pelanggan rosak tetapi masih boleh dibaca, baki hari pas My30 yang telah dilanggan akan dipindahkan ke kad generik Touch ‘n Go pelanggan.

Setelah pas My30 tamat tempoh, pelanggan harus memperbaharui pas My30 di dalam MyKad atau MyTentera yang baharu.

LANGKAH-LANGKAH MELANGGAN PAS MY30

Bagi individu yang berminat untuk memohon My30 ini boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Pengguna perlu membawa MyKad atau MyTentera ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL.
  2. Pengguna perlu memaklumkan kepada staf khidmat pelanggan Rapid KL tersebut untuk membuat permohonan pas My30.
  3. Berikan MyKad atau MyTentera untuk pendaftaran dan tambah nilai.
  4. Pembayaran kali pertama untuk My30 ialah RM40. Sebanyak RM0.50 akan ditolak untuk cas tambah nilai.
  5. Baki RM9.50 disimpan di dalam sistem Touch ‘n Go pengguna dan baki ini tidak akan ditolak lagi di dalam sistem melainkan pengguna menggunakannya untuk transaksi selain di rangkaian RapidKL seperti di tol, kedai serbaneka, pusat membeli-belah dan sebagainya.
  6. Pas My30 akan diaktifkan sebaik sahaja pengguna menyentuh pas di pintu masuk rangkaian RapidKL.
  7. Pengguna perlu sentiasa memastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go.
  8. Nilai minimum RM5.00 tidak perlu ditambah setiap bulan sekiranya pengguna tidak menggunakan nilai tersebut untuk pembayaran lain.
PEMBAHARUAN LANGGANAN PAS MY30

Bagi pembaharuan langganan pas My30 pada bulan-bulan seterusnya, berikut merupakan perkara yang perlu diambil perhatian bagi pengguna yang ingin melakukan pembaharuan pas My30:

  1. Pembaharuan pas My30 secara automatik boleh dilakukan di kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih.
  2. Selepas pas berjaya diaktifkan untuk pembaharuan secara otomatik, pengguna boleh menambah nilai MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go di mana-mana premis atau kedai-kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai Touch ‘n Go untuk bulan-bulan seterusnya.
  3. Pengguna perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 setiap bulan.

LOKASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN RAPIDKL

Pengguna yang ingin melanggan atau membuat pembaharuan pas My30 boleh pergi ke Kaunter Pelanggan RapidKL di:
  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen BRT

Hab bas terpilih:
  1. Pasar Seni
  2. Seksyen 2, Shah Alam
  3. Sri Nilam
  4. Greenwood
  5. Terminal Kajang
SOALAN-SOALAN LAZIM

Berapa lamakah pas My30 akan berada dipasaran?

Pelanggan boleh melanggan pas My30 bermula 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 yang mana selepas itu My100 dan My50 akan diperkenalkan semula.

Bolehkah saya melanggan pas My30 menggunakan kad Touch ‘n Go?

Tidak. Pas My30 hanya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go sahaja.

Apakah tempoh sah pas My30?

Tempoh sah pas My30 adalah 30 hari berturut-turut termasuk hujung minggu dan cuti am. Pengguna boleh memilih tarikh yang sesuai untuk pengaktifan pas dan tarikh pengaktifan pas My30 bergantung kepada sentuhan pertama pas di pintu masuk rangkaian RapidKL.

Bolehkah pas My30 dipindah milik?

Tidak. Pas My30 diaktifkan menggunakan kad MyKad atau MyTentera. Oleh itu, pas ini tidak boleh dipindah milik.

Adakah saya perlu sentiasa memastikan nilai minimum Touch ‘n GO sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau MyTentera?

Ya. Pengguna perlu sentiasa memastikan nilai minimum Touch ‘n GO sentiasa mencukupi di dalam MyKad atau MyTentera iaitu RM5.00.

Bolehkah saya menggunakan pas My30 di rangkaian Rapid Penang atau Rapid Kuantan?

Buat masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja.

Bolehkah saya menggunakan pas My30 di KTM Komuter atau ERL?

Buat masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja.

Saya adalah pelanggan (Smart 7/ Smart 30 / My100 / My50). Bolehkah saya melanggan pas My30 dalam pada masa yang sama?

Pelanggan boleh melanggan pas My30 sekiranya langganan pakej Smart menggunakan kad generik Touch ‘n Go. Jika langganan pakej Smart pelanggan menggunakan MyKad atau MyTentera, pelanggan perlu memastikan tempoh sah pakej Smart tamat dan pelanggan bolehlah melanggan pas My30.

INFO LANJUT MENGENAI PAS MY30

Sebarang maklumat dan info lanjut mengenai pas My30 boleh dirujuk melalui laman web RapidKL iaitu https://www.myrapid.com.my/.

Ulasan