Ini Dia Panduan Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan


Dalam keadaan kita dilanda Covid-19 sekarang ni ramai yang telah dibuang kerja dan ada juga yang telah berjaya ditawarkan menduduki ujian psikometrik memasuki pekerjaan dalam sektor awam. Sebenarnya susah untuk mendapat jawatan dalam kerajaan jika anda tidak bersedia dari awal.

Antara jawatan-jawatan yang orang kata HOT dan mendapat permohonan yang tinggi adalah jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tadbir, Pegawai Sains, dan beberapa jawatan sektor awam yang tidak memerlukan pengkhususan jurusan tertentu.

Setiap permohonan kerja jawatan kerajaan perlu melalui pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

2 Cara Memohon Perjawatan Dalam Perkhidmatan Awam

Untuk pengetahuan, ada dua cara untuk memohon kerja dan perjawatan dalam sektor awam ini, iaitu secara terus menerusi SPA Persekutuan dan kedua menerusi permohonan di agensi-agensi berkaitan terutama di bawah pengurusan Kerajaan Negeri.

Biasanya, terdapat 2 kaedah pengambilan awal iaitu:
  1. Peperiksaan dan ujian (online/bertulis/fizikal)
  2. Temuduga
Beberapa jawatan yang ditawarkan mempunyai syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat tertentu, kemasukan ke perkhidmatan awam mensyaratkan pemohon untuk lulus peperiksaan khas yang disediakan oleh SPA.

Terdapat beberapa skop ujian dalam peperiksaan ini yang akan ditanya iaitu ujian kognitif, ujian aptitud, ujian bakat, ujian sahsiah dan dan juga ujian fizikal.

Calon-calon yang lulus peperiksaan dan ujian khas akan dipanggil ke peringkat seterusnya iaitu temuduga. Bagi memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, calon-calon yang lulus peperiksaan disyaratkan lulus tapisan di 'Assesment Centre' sebelum dipanggil temu duga.

Bagi memantapkan lagi urusan pengambilan jawatan baru, peperiksaan dan ujian yang ditadbir oleh SPA kini dibuat dan dilakukan secara online. Keputusan peperiksaan juga kini boleh diketahui lebih pantas dan mudah.

Jika anda tidak mahu gagal di dalam temuduga, kenalah buat persediaan secukupnya sepertimana dikehendaki oleh pihak SPA. Ramai yang gagal dalam temuduga kerana tidak ambil berat, dan kurang persediaan sebelum dan semasa temuduga dijalankan.

Ini penting. Jika dipanggil, perkara seterusnya ini mesti dipenuhi oleh calon.

Semasa hadir ke temuduga, semua calon dikehendaki untuk membawa dokumen-dokumen penting untuk penilaian oleh pihak penemuduga. Ini termasuklah dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan mengikut peraturan pihak SPA.

Calon perlu menyusun semua dokumen mengikut tertib yang telah diberikan oleh pihak SPA supaya memudahkan proses temuduga dibuat. Boleh susun mengikut senarai yang disediakan di bawah:
  1. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  2. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa (jika berkenaan);
  3. Sijil Kelulusan Persekolahan SPM/SPM(V) atau setaraf;
  4. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  5. STPM/STP/Diploma & transkrip atau Ijazah Sarjana Muda & transkrip atau Sarjana atau Doktor Falsafah atau Surat Pengesahan Kelulusan Tamat Pengajian yang diluluskan oleh Senat daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Calon adalah dimohon untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);
  6. Ijazah Sarjana Muda & transkrip bagi calon yang memiliki Sarjana atau Doktor Falsafah
  7. Surat tawaran biasiswa bagi Pemegang Biasiswa JPA (jika berkenaan);
  8. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain (jika berkenaan);
  9. Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);
  10. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerimaan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan); dan
  11. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan (seperti di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat) dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sahaja..
Semasa temuduga nanti, anda bawalah resume bergambar yang ringkas tetapi padat. GoBorak nak diingatkan bahawa salinan dokumen dan juga resume yang diserahkan kepada penemuduga tidak akan dikembalikan, dan akan menjadi hak milik SPA.

Sebelum menghadiri temuduga SPA ini, calon juga perlu melengkapkan resume di pautan myResume dan memuat-naik sijil-sijil akademik berkaitan. Pastikan semuanya lengkap dan disahkan.

Jika anda telah berjaya dipanggil oleh SPA untuk hadir temuduga, saya nasihatkan supaya membuat persediaan rapi. Antaranya ialah:
  1. Bagaimana untuk menjawab soalan-soalan 'killer' mengenai jawatan yang dipohon oleh anda. Jika anda tidak tahu teknik ini, bahaya menanti anda...
  2. Apa dia soalan yang berbentuk menguji 'communication skill'? Inilah soalan yang akan akan menguji kemampuan, kekreatifan, keyakinan, kebolehkerjasamaan, kematangan dan kebolehan anda.
  3. Mengetahui bagaimana soalan yang menguji cara pengurusan masa dan stress semasa bekerja yang mana ianya amat diperlukan oleh seorang penjawat awam. 
  4. Menjawab soalan yang menguji 'Essential Professional Skills' anda yang bermaksud keprofessionalan anda dalam melakukan kerja. Budaya kerja professional amat dititikberatkan dalam sektor awam demi menjaga kredibilitinya.
  5. Cara menjawab soalan killer seperti soalan-soalan mengenai 'Background anda', 'kekuatan & kelemahan diri', 'Kerjaya terakhir anda', dan juga 'Soalan khusus bagi mereka yang berada di tahun akhir atau lepasan universiti mahupun lepasan sekolah'.
  6. Soalan berkaitan 'Jabatan atau agensi yang anda minta jawatan tersebut', serta soalan yang berkaitan dengan proses dan usaha pencarian kerja anda.
  7. Penyediaan resume yang memenuhi kehendak penemuduga.
Oleh itu, berada dalam situasi tenang dan yakin semasa temuduga adalah suatu perkara yang wajib anda lakukan dan kami disini ingin berikan tips dan cara untuk anda bersedia menghadapi temuduga sekaligus membolehkan anda menjawat-jawatan yang anda inginkan.

Ramai calon dah kelam kelibut ni sebab exam PSIKOMETRIK sesi Jun akan bermula pada 18 JUN 2020. Pastikan buat persediaan sebaiknya. Buat latihan dan ikut tips yang dikongsikan dalam eBook.

Apa yang penting kami nak anda tahu ujian PSIKOMETRIK adalah ujian untuk tapis calon. Kalau guna bahasa kasar sikit, ujian untuk "PANCUNG" calon. Ada trick pada struktur soalan. Trick ni selalunya calon akan TERKENA kalau tak peka. Tujuannya adalah untuk memilih calon yang benar-benar bersedia dengan ujian ini untuk melayakkan dirinya ke peringkat tapisan seterusnya.

Salah satu perangkap "PANCUNG" kita dedahkan di mukasurat 11-12 berkaitan KONSISTENSI. Rujuk di sana ya. Eh dah dapatkan rujukan ini? Banyak lagi 'rahsia' dikongsikan di sana. Guna rujukan
ini;

Untuk mendapatkan ebook percuma Rahsia Persiapan Temuduga, sila klik DI SINI.



Jangan la kena 'PANCUNG' sebab tak sedar.. Buat sesuatu!

Semoga berjaya dari Tim Go Borak.



Ulasan