Ini Yang Anda Perlu Buat Sebelum Check-in Hotel Atau Homestay.



Nampaknya kita semakin diberi kelonggaran dalam waktu PKPP ini apabila sudah boleh menginap dihotel. Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob juga telah memberikan harapan bahawa kolam-kolam renang di hotel-hotel akan dibuka semula kepada pengunjung.

Pergh... inilah peluang kita untuk keluar bercuti setelah tiga bulan duduk terperuk je dalam rumah kan! Dah boleh merancang nak menginap hotel di tepi pantai ataupun di dalam bandar. Ataupun di atas gunung dengan suasana yang sejuk umpama dalam peti ais. Jadi tak salah untuk mengambil peluang ini untuk hilangkan stres dalam tempoh pandemik dan juga menggembirakan anak-anak yang juga dah lama tidak bersekolah tu.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) turut menyasarkan satu juta pelancong domestik masuk ke Langkawi bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti.

Check-in hotel 


Namun begitu, korang tetap perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 terus berlaku. Maklum sahaja, virus tersebut masih berada di mana sahaja di sekeliling kita, jadi kita perlu sentiasa berhati-hati.
 
Oleh itu, sekiranya korang perlu check-in hotel atau homestay sewaktu melancong nanti, terdapat beberapa perkara yang disarankan oleh Public Health Malaysia untuk korang lakukan dan antaranya adalah seperti berikut:
  • Hanya pilih hotel yang mematuhi SOP
  • Sediakan cecair disinfeksi atau bawa spray disinfeksi
  • Semburkan di tombol pintu, tandas, katil, permukaan yang sering di sentuh
  • Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan
Dengan melakukan perkara-perkara tersebut, setidaknya korang sudah mengambil langkah berjaga-jaga kerana korang tidak tahu siapa yang menggunakan bilik tersebut sebelum itu.

Mungkin pihak hotel turut melaksanakan proses disinfeksi ini juga tapi tak salah sekiranya kita turut mengamalkan norma baru ini sebelum check-in hotel... Kan!

Apa-apa pun admin sekali lagi suka mengingatkan bahawa sekiranya korang akan bercuti di tempat-tempat pelancongan dalam negara nanti, pastikan sentiasa menggunakan topeng muka dan hand sanitizer. 

Jangan lupa pratikkan norma baru ya!

Oh ya... Nak bercuti di hotel 5 bintang dengan harga sepinggan Nasi Arab? Boleh dapatkan panduan bagaimana anda boleh menginap di hotel mewah dengan harga yang paling murah dan tak pernah anda fikirkan sebelum ini. Klik Di Sini

Ulasan