Tebus RM50 dengan muat turun aplikasi MySejahtera jer…




Korang dah pasang ke belum aplikasi MySejahtera? Tak pasang lagi… ke korang tak tahu apa itu aplikasi MySejahtera tu?

Aplikasi MySejahtera ini dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Sudah pasti ianya system yang mempunyai ciri-ciri keselamatan data yang baik.

Kenapa aplikasi ini diwujudkan dan apakah peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyokong hasrat kerajaan ni? Aplikasi MySejahtera dibangunkan untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Mengemukakan maklumat palsu adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Pada dasarnya, maklumat yang dikemukakan akan digunakan untuk membantu KKM merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya. Oleh itu, kita harus bersikap jujur semasa menghantar maklumat anda bagi membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

MySejahtera ni adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Dengan aplikasi ini, kerajaan lebih mudah menguruskan perkara-perkara seperti:
  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19
MySejahtera "Check-in" menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

Imbas Kod QR menggunakan Pengimbas Kod QR Aplikasi MySejahtera. Kemudian pengesahan akan terpapar dan korang dibenarkan masuk ke premis.

Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Dalam aplikasi ini anda boleh mendaftar atau log masuk melalui pautan di sini.

Di sini saya kongsikan cara-cara untuk mendaftar aplikasi MySejahtera dan menjadikan app ni antara aplikasi wajib dalam fon masing-masing mulai sekarang…
  1. Ikut cara download MySejahtera seperti pautan di atas
  2. Install sehingga selesai 
  3. Klik aplikasi MySejahtera untuk buka 
  4. Tunggu sehingga habis loading kesemuanya 
  5. Klik Daftar Di Sini 
  6. Daftar dengan nombor telefon atau email 
  7. Masukkan OTP yang diterima melalui SMS 
  8. Klik pautan pengesahan dalam email 
  9. Korang kini berada dalam langkah 1 untuk claim MySejahtera eWallet sebanyak RM50 
  10. Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran 
    • Nama pengguna 
    • Nama penuh 
    • Nombor telefon 
    • Nombor Kad Pengenalan atau Passport 
    • Umur 
    • Jantina 
    • Bangsa 
    • Alamat semasa 
  11. Anda kini berada dalam Langkah 2 dalam proses daftar MySejahtera 
  12. Tetapkan Kata Laluan 
  13. Tekan butang Sahkan 
  14. Pendaftaran MySejahtera anda telah Berjaya 
  15. Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya” 
  16. Tekan Tutup 
Kini anda sudah boleh login MySejahtera. Senang je kan!



Ulasan