5 Tips Tradisional yang boleh diamalkan setiap hari.

5 Tips Tradisional Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari.

Batuk

Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru sahaja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan dengan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. 
.
Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Cirit Birit

Buat bubur nasi dan campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit birit anda hilang.

Di Gigit Kala Jengking

Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan kala-jengking tersebut. 
.
Memang pada mulanya tidak terdapat sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. 
.
Insya Allah lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti terus dalam masa lima belas minit.

Hidung Bayi Tersumbat

Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garamitu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. 
.
Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. 
.
Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam.

Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk

Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.

Ulasan

  1. Wynn Hotel Casino and Spa - MapYRO
    Wynn 포항 출장안마 Hotel Casino and 논산 출장마사지 Spa Find a location nearby to explore Wynn Hotel Casino and Spa. 과천 출장마사지 Address: 3131 Las Vegas Boulevard 충청북도 출장샵 South; 안성 출장안마 Phone: 702.367.3477

    BalasPadam

Catat Ulasan

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.